Pada 15 Ogos lepas saya telah ke negara china dan berada di Guangzhou, tujuan disana sebenarnya adalah untuk membeli mesin "embroidery" dan "explore" barangan yang boleh dijual di malaysia, bak kata orang nk cari barang yang rare la ehe. Pada mulanya mmg plan utk pergi seorang tp mama den bising suruh bawak teman juga, jadi berpusing la kepala mencari teman yg nk pergi. Alhamdulilah ada jugak yg nk pergi haha, muka dia nanti saya masuk kan dkat bawah nanti haha.
Terima kasih kepada 2 rakan saya Azzim Hud & Zakwan Ahyer dari Aladdin Art yang sudi menghantar saya ke Lcct pada 3 pagi haha. Azzim mata da lebam da time tu kekeke....
Di Guangzhou ketika itu cuaca tidak berapa baik dengan ribut yang melanda pastinya menyeramkan saya ketika dalam penerbangan. Tapi Alhamdulilah All Is Well ehe..
HARI PERTAMA DI GUANGZHOU
Setibanya di Baiyun Airport, saya terus mencari simkad utk ipong saya. Simkad murah je xmahal 100 yuan bersamaan rm 53.00 murah kan ! haishh mnyirap !! sebabnya masa dlam flight saya duduk dgn org cina malaysia borak panjang juga la dan dia kate simkad sana just 25 yuan sahaja siap internet semua. Oh ok baru saya faham mahal sbb saya beli di Airport.
kemudiannya saya terus mencari public transports utk ke hotel. Puuiii ada taxi mntak 350 yuan wah ingat den cop duit ?? Itu lah pentingnya buat research dulu sebelum pergi. Saya hanya perlu 8 yuan sahaja untuk ke station yg berdekatan hotel saya dengan menaiki metro. Bapak laju train ni, brader yang ikut saya serius muntah ! mgkn dia pening dengan kepantasan train tu kot haha
Ni lah brader tu Amirul Axmal dikepit oleh isteri pertama dan ke 3
Apabila sampai,satu masalah datang apabila ingin cari hotel kami, perghhh perit beb 4 jam saja terkandas akibat tercari2 dimana hotel kami. senang cite camni macam kita kat selangor, dah sampai KTM Klang tp xjumpa Bandar Parklands haa... Masalah bahasa disana mula2 mmg agak ketara sbb saya rasa saya paling teror cakap BI haha. Pusing punya pusing samapi p ke balai polis hahaha pon x setel gak ciss. Akhirnya ALLAH bagi ilham kat saya haha, know what i've done? haha guna google translate la baru la semua orang faham cettt...
Polis ni pon pening apa benda la tulisan ni katanya, last2 bawak kami p balai polis terus haha
Tudiaa tempat beradu beta aha
semua channel xbole pakai ! sepatah haram xpham aduhh..
Bilik yang dilengkapi dengan pejabat nice kan?
Pada hari esoknya misi saya bermula untuk mencari Rita Rudaini haha, ni la dia orang yang saya kehendaki tapi malangnya saya xdapat berjumpa dengan beliau atas sebab masa yang sangat singkat, tp xpe saya suda deal dgn beliau pada januari depan haa Insyallah...
sebabnya saya x sempat untuk jumpa dengan rita adalah kerana haha saya pergi ke masjid Huaisheng dan ke New Asia International Electronic& Digital city haha tu yang x sempat dan esoknya pula hari ahad , rita x bekerja hari ahad tu tp saya tetap berjumpa dengan beberapa jurutera mereka utk melihat mesin tu beroperasi tp malangnya xdapat la nk discuss about price dan bla bla...
Didepan Masjid Huaisheng
hahaha sebel je muka bangla nih
Tudiaaaa.... ni adalah salah satu public transport la kiranya haha nama dia toot..toot.... serius besti gila beb
klau nk tgk video dia follow la instagram saya akjhaz .
Didepan masjid Uncle Nabi Muhammad S.A.W
Maqam Saad Abi Waqas, serius beb mmg rasa macam ada aura dalam ni, brader sorang ni sampai tegak bulu roma haha....
Bersama jurutera2 mesin
Tempat Memborong Jam tangan
Tudiaaaa.... ni adalah salah satu public transport la kiranya haha nama dia toot..toot.... serius besti gila beb
klau nk tgk video dia follow la instagram saya akjhaz .
perigi yang tidak pernah kering hebat Kuasa Allah
Maqam Saad Abi Waqas, serius beb mmg rasa macam ada aura dalam ni, brader sorang ni sampai tegak bulu roma haha....
Bersama jurutera2 mesin
Tempat Memborong Jam tangan