Tuesday, 5 April 2011

10 KELEBIHAN BERNIAGA DI FACEBOOK

1)  JIMAT KOS
  • Tidak perlu mengeluarkan belanja yang banyak semata-mata untuk berjumpa dengan pelanggan. pelbagai kos perlu dikeluarkan sekiranya berjumpa dengan pelanggan seperti duit untuk minyak,tol makanan dan sebagainya.

2)  TIDAK PERLU MENGGUNAKAN PEKERJA
  • Tidak perlu untuk menggupah pekerja untuk melakukan urusniaga, kerana dengan menggunakan facebook ini, ia amat mudah untuk digunakan.

3) BOLEH MEMPERBAHARUI PRODUK
  • Dengan menggunakan facebook anda boleh sentiasa memperbaharui produk anda dengan memasukkan gambar-gambar produkan anda yang baru.

4) KURANG RISIKO
  • Tidak perlu bertemu dengan pelanggan, ia dapat mengurangkan risiko daripada kemalangan jalan raya dan sebaginya.

5) FACEBOOK AMAT TERKENAL
  • Kajian menunjukan hampir 35 peratus penduduk dunia mempunyai akaun facebook. oleh itu ia dapat memberikan kelebihan untuk berniaga menggunakan facebook.
6) TIDAK PERLU PERGI KE PEJABAT
  • Perniagaan ini sememangnya amat memudahkan kita semua, kerana untuk berniaga didalam facebook ianya hanya memerlukan Internet dan juga komputer/laptop dan juga alat elektronik yang lain. Ia boleh digunakan dimana-mana sahaja anda berada.
7) 100 PERATUS ONLINE
  • Tidak perlu berjumpa dengan pelanggan, hanaya menggunakan aplikasi chatting atau pesanan.

8)  PELBAGAI PRODUK DAPAT DIJUAL
  • Tiada had untuk mempromosikan produk, anda boleh mengupload seberapa banyak gambar-gambar produk anda. 
9)  BEBAS DARI LESEN PERNIAGAAN
  • Selalunya orang yang berniaga secara nyata perlu meminta lesen dan sebagainya, tetapi dengan menggunakan facebook ini , ianya adalah percuma tiada lesen diperlukan untuk kegiatan ini.
10)  PERCUMA

  • Menggunakan Facebook untuk melakukan perniagaan adalah cara yang paling tepat. Tiada kos digunankan untuk menggunakan Facebook. Anda hanya perlu mendaftar dan boleh terus menggunakannya.

No comments:

Post a Comment